Saturday 25 July 2009

...ZikRaa...


Farisha: Fahri, x baik apa yg dah enta lakukan pada Farisz semalam. Kecil hati sahabat kita tu.

Fahri: Enti x payah la nak berlagak baik Farisha, ana tau apa yang ana lakukan.

Farisha: Ya Allah, Fahri… ana sekadar mengingatkan enta, Fahri. Tak salahkan kita saling menasihati antara satu sama lain jika kita lihat ada kesalahan yg dilakukan. “Ad Deen An Nasihah”.

Fahri: Cukup Farisha. Tak perlu nak nasihatkan ana lagi. Ana tau apa yg ana buat.

Farisha: Fahri, enta x boleh begini. Tak semuanya yg enta fikir betul dr sudut pandangan enta, ianya betul. Alaisa kazalik??

Fahri: Please Farisha, tolong jangan sibuk dengan hal ana lagi. Ana tak suka. Tayyib!! Kholas, indi muhadorah. Assalamualaikum.

Farisha: Wa’alaikumsalam.

~ kerna kasihku padamu, kerna sayangku untukmu, ku mengingatkanmu dari kesalahan & kelalaianmu, moga kau selalu dalam restu Tuhan yang Satu ~


******

Terkadang… dalam perkataan, perbuatan dan perlakuan kita seharian, kita tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan. Terkadang jua… dek kerana ego dan degil, kesalahan yang dilakukan dita’wil aqal sebagai perkara baik dan benar. Oleh sebab itu, peringatan sesama insan amat penting dalam kehidupan harian agar kita bersama menjalani kehidupan seiring dengan syariat Islam, dan dijauhkan dari tersasar dari landasan kebenaran.



{ وذكّر فإن الذكرى تنفع المؤمنين }
Firman Allah SWT di dalam Kitab Suci Al-Qur’an yang membawa maksud: “Dan tetaplah memberi peringatan, kerna sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 yang beriman”. (Surah Adz Dzaariyat: Ayat 55)



والنصح لله هو أن تأمر بما يأمر الله وتنفذ أوامره في خاصة نفسك، والنصح لرسوله أن تبلغ ما أمر به أمته مما أوتيت من علم وتكون أمينا في الدفاع عن سنته. والنصح لأئمة المسلمين بإرشادهم لما فيه خير الناس ومساعدتهم في تنفيذ ذلك والدعاء لهم. أما النصح لعامة المسلمين فيجب البدء بالأقرب فالأقرب


والعصر. إن الإنسان لفي خسر. إلا الذين آمنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman & beramal soleh, serta yang berpesan2 dengan kebenaran dan dengan kesabaran". (Surah Al Asr: Ayat 1-3)


7 comments:

joegrimjow said...

nama yg sesuai

myQza said...

norul.. itu dialog rekaan kan betul-betul??

betullah.. kadang2 bila keegoaan sudah menguasai diri.. kita mmg dah tak boleh nak terima kata2 orang lain..
sharing is caring.. terima kasih norul!

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

joe:
:D nama yg mula ngan huruf (F, H & N) mmg akak suka... sbb nampak menarik... nanti wat perbualan lain ngan huruf H pulak :D

Tedi:
rekaan tu kak tedi :D tp tak best la cam akk yg pndai menulis.. hehe..

ye.. bila kita terlalu ego, benda yg baik di ta'wil tidak betul, jua sebaliknya.. perkara yg sememangnya tidak betul, di'tegak'kan selagi boleh..

moga Allah tetapkan kita di landasan yg lurus.. Ameen ya Rabb

Unknown said...

lis, apakah....???

:)

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

haha.. ada2 je hang ni..

yg pntg.. kena selalu mengingatkan.. lg2, budak2 mafraq ni.. ada je yg x puas hati antara satu sama lain.. ada yg nak ikut fikrah dia je la.. dia je yg betul, org lain salah.. adehh... sakit kepala..

budak2 kan.. :D

Anonymous said...

hem..ni kes budak mafraq la ni.sapekah gerangannya??huhu..

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

hmmm... siapakah gerangan nye... sila jawab :D

datang Jordan ni, apa niat nye... nak study ke, nak carik gaduh n tak puas hati itu ini dgn org...??

hmm.. klu nak gaduh, ana nasihatkan la, balik jer la ke Malaysia... kurang sikit saham 'D' dari duk di bumi anbiya' ni..