
Kita seringkali mendengar sahabat atau saudara yg dirasuk makhluk halus, diganggu, diikut dari belakang dan sebagainya, sehingga ada yg merasa takut apabila berseorangan, terasa lemah tubuh badan & terasa sakit sendi-sendi badan. Jadi di sini, ana lampirkan bersama salah satu daripada ayat-ayat pendinding untuk kita amalkan dalam kehidupan harian kita, InsyaAllah.
Ayat ini, dinamakan 'Ayatul Kursi', kerana disebutkan di dalam nya kalimah 'kursi'. Di sabitkan dari Sohih Muslim (hadith Ubay): "Annaha 'Azom ayah" :sesungguhnya ayat ini adalah ayat yg paling agung, dan banyak lagi keberkatannya, sebagai contoh dari Sohih Bukhari (hadith Abi Hurayrah), yg membawa maksud: jikalau dibaca ayat ini, maka dia didalam jagaan Allah dan tidak akan diganggu syaitan. Wallahu a'alam...
p/s: baca dengan memahami maksud ayatnya...
No comments:
Post a Comment