CERITA DIBAWAH BERKISARKAN PENGALAMAN SEHARIAN BERSAMA KELUARGA HAYYA DI ANJARAH, IRBID (hahah, poyo je :D)
Hari jumaat, kak tie (kawan MA, ada diceritakan di post yg lepas), mengajakku ke rumah sahabatnya di Anjarah dan akan bermalam di sana sehari atas jemputan ghoda (mkn tgahari). Hehe, pada mulanya malas juga nak berjalan, tp bila xtau nak wat apa, n xder rancangan lg dalam jadual cutiku, aku pun bersetuju pergi ke rumah Hayya.
Kami bertolak seawal pg (730am), dan menaiki bus dari jamiah (universiti), ke mujamma irbid, seterusnya ke mujamma' amman, dan akhirnya ke Anjarah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3jam selepas ditolak tambah (haha, apa aku merepek ni). Ye, lebih kurang 3jam kerana tiada penumpang ke Anjarah (klu x 2jam je).
Sampai2 di rumah Hayya, kami disambut riang oleh Abu Yahya, Ummu Yahya, Hayya & adik beradik serta anak sedara dan sepupunya. Kami dijemput masuk dan berbual riang (haha, tipu je, sbb aku xbyak cakap pun, sbb malu kak tie ada :D). Kami dihidang syai (teh) & gahwah (kopi), ttp aku hanya dapat minum syai kerana, aku xboleh minun gahwah arab, huhu, xleh nak masuk :( kak tie ditanye itu ini tentang risalah nya. Dan aku pula berborak ngan seorang kawan Hayya yg sedang study phD di Jordan University. Kami berborak ttg pelajaran & bakal thesis yg aku tulis, seperti biasa, org akan kata: "Maudu mumtaz" (tajuk yg bagus), & dgn selambanya aku kata, semua org cakap tajuk saya mumtaz, tp saya masih takde zuuq ngan tajuk saya lg. Terus dia balas, "La' La', maudu'iek jamil asyan yatakallam 'an usrah, syiddi halik, insAllah muwaffaq" (malas arr translate, faham kan :D)
Hehe, sambung citer. Dalam pukul 12pm, kak tie keluar bersama Hayya n Abu Hayya bersama kawannya, untuk menjemput Ustaz Sulaiman (ketua mlhaqiyyah MSD) yg xtau jalan masuk ke rumah. Sbb rumah Hayya ni boleh dikatakan di ceruk2. Tinggalla aku ngan Ummu Hayya n sorg anak bujangnye (haha, menggatai :p) n Hablah. Berborak la aku ngan ceria nya ngan Ummu Hayya, ttg anak2 dia, kisah hidup dia, n isu semasa (ada budak kena culik n masih x diketemui... uisyyy, ada gak arab camni). Sambil2 tu, aku ke dapur menolong masak (kacau laban (susu) je... hehe, lenguh tangan :p)
Selepas 30min, Ustaz Sulaiman, isteri & anaknya sampai. Dalam pukul 230pm, kami terus menjamu selera dengan hidangan yg amat menyelerakan "Mansaf". Sampai nak pecah perut aku, mana dak nyer, daging seketui besaq, ayam 2 potong besaq, nasik menimbun, adusss... tidak!!! mengah aku nak menghabiskan nasik n lauk2 tu... fuhhhh (gmbr "Mansaf" xdapat nak upload sbb masih di kamera kak tie)
Lepas makan, dihidang lak ngan bitikh (tmbikai) & tuut (mulberry) & kek. Mangai, memang kembong habis dah perut. Kalau la perut ni belon, kompem dah pecah, hahaha. Petang tu pulak, kami ke kebun buah2an, cuma nya, waktu ni, xbanyak buah yg ada, cuma sedikit misy2 & tuut je yg ada. Kami berborak2 di kebun sampai petang. Petang nyer pula, sebuk melayan budak2 kecik ni, Mu'taz n Farah. Farah ni mmg padan ngan nama dia, asyik gembira je (hahah, lg la aku suka gurau ngan dia, sbb asyik gelak je), Mu'taz lak, cepat belajaq, ajar Math sikit, cepat jer pikap. Memang tabik spring arr.
Sebelah malam nya, kami hanya berehat sambil menonton tv n berborak2 kosong. & aku, sebuk melayan budak 2 org tu, sambil2 mengajar Math. Sempat lg Mu'taz main2 rahsia ngan aku... haha, kecik2 dah pandai, tp mmg bagus la budak ni, ni yang nak anak pandai cakap arab ni (haha, berangan la pulak... ngeee :D). Malam tu, kami tak makan besar, cuma sekadar alas perut ngan roti, bersama syai ngan nak2 (sejenis daun yg diletak dalam syai... sedap... yummy).
Dalam kul 12am, kami pun masuk tidur selepas berbincang sekejap ngan kak tie & Hayya. Seronok mmg seronok. Yang paling penting, bila aku dirumah Hayya, aku rasa aku berada di Perak. Tak tau kenapa, tp begitula perasaanku, Ummu Hayya & Abu Hayya, kurasakan macam atuk & opahku, n bila tido di bilik Hayya, aku teringat ketika ku tido di rumah Wan Nyah (kakak mama) masa balik raya dulu.
Pengalaman seharian di rumah Hayya mmg takkan aku lupakan. Hayya & keluarganya menjemputku untuk bertandang lg bila buah2 masak ranum, n pada bulan 8 nanti, untuk haflah zawaj (majlis perkahwinan) abangnya. Aku hanya mampu menyebut Insya Allah, sbb aku ni, bukan nye suka sgt pegi kenduri. Majlis kenduri org Melayu aku kurang suka nak hadir, inikan pula org Arab, mesti ada tari menari... oh please, ba bahibb... aku hanya mmpu jawab, Insya Allah...