Tuesday, 11 August 2009

...ZiKr: PeNeNaNg HaTi...


*****

Azmi: Fazri, ana betul2 xtau nak buat apa skrg, pelbagai masalah datang menimpa... ana betul2 bingung... sampai ana kadang2 rasa putus asa nak teruskan kehidupan...

Fazri: Apa sbnarnya yg berlaku nta... xkan smpai begitu sekali...

Azmi: Entahla Fazri, ana betul2 kurang upaya nak menghadapi segalanya... rasa marah n geram pun ada... tadi, dalam perjalanan balik td, ana marah sorg ammu tua...

Fazri: ya Allah.. Akhi... nta xboleh begini... xboleh kita berputus asa, xboleh kita menyerah kalah begitu saja... xleh marah membabi buta. Akhi kena ingat... setiap yg berlaku, ada hikmah disebaliknya... mgkin disebabkan kita tidak sabar, ditambah dgn sifat terburu2 kita, kita di hijab dari mengetahui apa yg terselindung di sebalik kejadian...

Azmi: Allah.. tula, ana xtau kenapa sejak kebelakangan ni, ana begini jadinya... ana rasa bersalah pada ammu td... xtenang pula rasa hati ni.

Fazri: 'ala bizikrillah tatmainnul qulub'... ttg pakcik tu, nnt bila nta terserempak lg ngan dia, pohonlah maaf...

Azmi: yislamu kithir ya Fazri... insAllah :D


*****

Imtihan & Ikhtibar:

Kehidupan manusia tidak akan lari dari pelbagai imtihan dan ikhtibar dari Allah SWT. Perasaan marah, berputus asa, lemah, sedih dan sebagainya adalah lumrah bagi seorang manusia yang punya hati dan perasaan. Selagi mana diberi nikmat kehidupan di dunia ini, maka ingatlah, imtihan dan ikhtibar akan hadir mengunjungi hari2 yang kita lalui.

Sebagai umat Islam, sebagai mu'min yang sejati, menghadapi pelbagai cabaran kehidupan amatlah berbeza dgn seorang yang tidak beriman. Sabar dan redha dalam setiap imtihan yg dihadirkan dalam kehidupan amatlah dititkberatkan. Sifat2 mazmumah pula seharusnya dijauhkan agar kita sentiasa di landasan kebenaran, landasan yang satu menuju kehidupan hakiki, syurga idaman setiap insan yg beriman.

Allah menjadikan kehidupan ini medan ikhtibar buat hamba2Nya. Allah SWT berfirman dalam kitab suci AlQur'an:

الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور

Maksudnya: 'Yang menjadikan mati & hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun'.

Dari ayat ini, dapatlah kita fahami akan hakikat kehidupan di bumi Allah ini. Hakikat kehidupan yang tidak dapt lari dari imtihan dan ikhtibar. Untuk apa? Untuk apa semua ini dihidangkan dalam kehidupan harian? Tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk mengetahui siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya. Moga digolongkan kita di kalangan golongan kanan. Dan ditempatkan di syurga idaman. InsAllah...



Beberapa doa:

Di sini, ana hadirkan dengan beberapa doa dalam menghadapi imtihan di dunia ini. Kala mana, ditimpa rasa marah, ditimpa kesulitan, amalkan doa2 ini, dengan amalan ini, insAllah, kita tetap di landasan kebenaran jauh dari kesesatan. Jauh dari gangguan syaitan, musuh setiap insan.

1. Doa org yg mengalami kesulitan:

اللهم لا سهلَ إلاَّ ما جعلتَهُ سَهلا وأنت تَجعَلُ الحَزنَ إذا شِئتَ سهلا

Maksudnya: "ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yg Engkau mudahkan, sedang yang susah itu bisa Engkau mudahkan, apabila Engkau menghendakinya"


2. Doa ketika marah:

أعوذُ باللهِ من الشيطانِ الرجيمِ. اللهم اغفِرلِي ذَنبِي وأَذهِب غَيظَ قَلبِي وأَجِرنِي مِن الشَيطَانِ الرَّجِيم

Maksudnya: "aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yg terkutuk, ya Allah, ampunilah dosaku & hilangkanlah kepanasan hatiku & lepaskanlah aku dari syaitan yg terkutuk"

3. Doa memohon kesabaran:

اللهُمَّ أَفرِغ عَلَيناَ صَبراً وثَبِّت أَقدَامَناَ وانصُرنَا عَلَى القَومِ الكافرين

Maksudnya: "ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas kami & tetapkanlah pendirian kami & bantulah kami akan golongan yg mengingkari"

10 comments:

NURA said...

salam sobat,,,mantap artikelnya...
dengan dzikir memang sangat menenangkan hati,,apalagi ada banyak masalah,,,pasti dengan banyak dzikir ,semuanya akan ada jalan keluarnya.

Jard The Great said...

salam singgah... thanks for the info.. hehehe..

Dida... said...

Salam Norul..

Terima kasih kongsi doa tu ya... mmg benar dgn zikir hati akan tenang... dan zikir adalah sebaik2 perkataan drpd kita berkata perkara yg sia2..

♥Niesa' imana♥ said...
This comment has been removed by the author.
♥Niesa' imana♥ said...

yislamu ya sis atas perkongsian..=)
ALLAH wustur alaik..^_^

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

Nura:
salam Nura..
yislamu kithir.. wa batmanna an nazkurullah fi kulli hiin.. insAllah..

Jard:
salam ya ukhti..
ahlan wasahlan :D

Dida:
salam ya ukhti dida el habibah :D
sama2 kasih..

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

Niesa:
wa iyyak.. nad'ullah an nado' fi mizan amal solehah.. ameen..

insAllah an najma'ana kulluh fi raudah min riyadil jannah fi akhirah..
ameen ya Rabb

Intan Ismail said...

sis.. thanks a lot....

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam intan..
moga bersama kita mendapat manfaat..

kehidupan tanpa dugaan.. tak menarik.. bukankah begitu :D

la tahzan... innallah ma'ana..

Fizi Jiji said...

skrg ni hati sy x tnang...sy x taw knpe..mgkin ini ujian allah...
nk tdo pun x leh...sudah byk dose yg sy lakukn..ya allah..ampunkan lah dosa2 ku...kuatkn hatiku ini ya allah..