Thursday 6 August 2009

...SyA'BaN...


Rejab telah melabuhkan tirai
Sya'ban hadir menyerikan
Ramadhan bulan 'amal dituai
Syawal bukti kemenangan


Bulan2 mulia yang mana telah ditetapkan ganjaran2 yg besar bagi mereka yang menghidupkan bulan2 ini... Rejab dgn Isra' wal Mi'raj, Sya'ban dgn Nisfunya, Ramadhan dgn sebulan genap muslim berpuasa, Syawal bukti kemenangan bagi yang berjaya...

*****


Fahri: Rie, nta puasa tak esok hari ni. Nisfu Sya'ban...

Fazri: InsAllah, ana puasa. Dari awal syahar lg ana cuba nak berpuasa penuh. Nta puasa tak?.

Fahri: Wallahi ma ba'rif... ana rasa malas je ni. Lagipun, dah nak dekat Ramadhan, malas kot... Bagusla nta dapat puasa byk hari.

Fazri: Allah... nta ni. Ni dah lupe la apa yg syeikh bg tazkirah kat talaqqi tadi. Ramadhan ye Ramadhan, Sya'ban ada juga ganjarannya. Rasulullah SAW pun berpuasa dlm kebanyakkan hari dalam syahar ni... dah, jgn malas2. Baki hari dalam syahar ni, cuba nta berpuasa.

Fahri: hehe... insAllah syeikh... insAllah, nta kena kejutkan ana la sahur nanti yek. Mana boleh nta je yg dpt pahala.

Fazri: InsAllah... nnt ana bangun, ana kejutkan. Yallah bisur'ah, ta'akhorna...

Fahri: Istanna syuwaiyya... atawaddo' awwalan...


*****


Bulan Sya'ban adalah di antara bulan2 Islam. Bulan di antara Rejab & Ramadhan, yang mana dalam bulan ini Baginda Rasulullah SAW menghidupkannya dengan amalan berpuasa. Amalan berpuasa sunat di bulan Sya'ban bukanlah hanya pd pertengahan syahar, malahan Baginda Rasulullah SAW berpuasa pd kebanyakkan harinya.


Diriwayatkan daripada "Aisyah Radiallahu anha berkata:


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم حتى نقول لا يفطر، ويفطر حتى نقول لا يصوم، وما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر إلا رمضان، وما رأيته أكثر صياما منه في شعبان


Maksudnya: "Adalah Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya`ban." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)


Rasulullah SAW memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara yang mana dapat kita petik di sebuah hadith yg diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:

Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan Sya`ban". Baginda bersabda:


شعبان بين رجب و شهر رمضان تغفل الناس عنه ترفع فيه أعمال العباد فأحب أن لا يرفع عملي إلا و أنا صائم


Maksudnya: "Sedemikian itu kerana bulan Sya`ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rejab & bulan Ramadan, dan ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul `Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa." (Hadith riwayat An-Nasa'i - Hadis Hasan)


*****


Soalan yg ditujukan Usamah pd Baginda Rasulullah SAW ttg amalan berpuasa di bulan Sya'ban, menunjukkan tentang ihtimam para sahabat tentang perkara2 & amalan2 yg dilakukan oleh Rasulullah SAW & pegangan para sahabat pada sunnah Nabi Muhammad SAW.


Bilamana Rasulullah SAW telah menghidupkan bulan Sya'ban dgn berpuasa sunat di kebanyakkan hari, kenapa tidak kita yg kurang amalan kebajikan mengikut sunnah nya. Rejab telah melabuhkan tirai, dan skrg telah sampai kita di pertengahan Sya'ban, bakal menjelma bulan umat Islam menunaikan kewajipan. Tidak rugi kita menghidupkan bulan Sya'ban dengan berpuasa buat baki2 hari ketinggalan sebelum hadirnya bulan Ramadhan.


Perbanyakkanlah amalan sebelum menjelang hari di mana kesempatan ditarik Tuhan Pencipta sekalian alam. Saat nafas yg diberikan terhenti terus tidak dikembalikan. Semoga Allah memberi kesempatan pada kita untuk meneruskan amalan. Semoga Allah menerima setiap amalan yg dilakukan dan mengampunkan segala dosa & kemaksiatan. Ameen ya Allah, ya Rahman, ya Rahim.

5 comments:

Faridrashidi.Com said...

Ayuh, mari kita berpuasa dengan seikhlas mungkin agar Allah menerima puasa kita..

Mafish istanna :)

Pei Pan said...

Syaban dah nak sampai ke penghujung. Dekat nak habis Syaban ni kemalas-malasan nak puasa tambah-tambah bila selesema, batuk juga demam datang bertandang.

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

Farid:
istannani syuwaiyya :D (tu yg gi solat tu.. ayat yg last tu.. hehe)

ayuh.. mari sama2 kita menghidupkan sya'ban yg berbaki dgn berpuasa sunat.. moga ganjaran dr Allah buat mu dpt membantu di akhirat kelak.. Ameen

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

Pei Pan:
berpuasa la.. mana tau ngan berpuasa akan sihat kembali tubuh badan..

tp, klu betul2 xlarat, xmengapa.. siapa yg mampu, amalkan, siapa yg tidak, Allah & RasulNya tidak memaksa :D

syafakillah ya habibti

شركة تنظيف ببريدة said...


تعد شركتنا من افضل الشركات المتخصصة في تنظيف خزانات ومن الجدير بالذكر ان شركتنا تتمتع بالمصداقية والقدرة على انجاز العمل ، كما ان شركتنا تتمكن من العمل تحت أي ضغط وفي ظل أي ظرف وشركتنا تضم افضل المعدات الحديثة والأساليب المتطورة والطرق الحديثة والخبرات الفائقة لكي تقوم بإجراء جميع عمليات التنظيف الشاملة للخزانات وتعقيمها على النحو المطلوب، كما تهتم شركتنا بمتابعة جميع عمليات التنظيف اليت قامت بها شهريًا من أجل الحصول على النتائج المطلوبة.
شركة كشف تسربات المياه بسراة عبيدة

شركة عزل خزانات بسراة عبيدة

شركة عزل اسطح بسراة عبيدة

شركة تنظيف خزانات بسراة عبيدة

شركة تنظيف بسراة عبيدة